Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PM membuat lawatan kerja ke Los Angeles, Sunnylands dan San Francisco

8:28pm 10/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 30 views Nasional
Datuk Seri Najib Tun Razak

Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR- Malaysia dan Amerika Syarikat terus menikmati hubungan dua hala yang rapat dan akrab dalam bidang utama kerjasama termasuk politik, ekonomi, pertahanan dan keselamatan menerusi lawatan kerja oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Los Angeles, Sunnylands dan San Francisco, Amerika Syarikat dari 11 hingga 17 Februari tahun ini.

Beliau akan diiringi oleh isteri beliau, Datin Sri Rosmah Mansor, Menteri Luar Negeri, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan pegawai-pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Disamping itu, Najib akan menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin Amerika Syarikat-ASEAN di Sunnylands, California, pada 15 dan 16 Februari 2016.

Antara perkara yang dibincangkan dalam persidangan tersebut ialaka langkah-langkah mempromosikan Komuniti Ekonomi ASEAN yang bercirikan inovasi dan keusahawanan serta perbincangan isu-isu yang berkaitan dengan keamanan, kemakmuran dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik.

Selain itu, tujuan Sidang Kemuncak tersebut adalah untuk meraikan peningkatan taraf hubungan dialog ASEAN-Amerika Syarikat kepada perkongsian strategik dan sebagai wadah untuk Pemimpin ASEAN dan Amerika Syarikat untuk bertukar-tukar pandangan terutamanya mengenai kerjasama serantau ASEAN-Amerika Syarikat serta isu-isu serantau dan antarabangsa.

Terdapat juga beberapa aktiviti lain akan diadakan sepanjang lawatan beliau selama seminggu itu.

Diantaranya, perjumpaan dengan diaspora rakyat Malaysia dan pelajar di Los Angeles, menghadiri mesyuarat meja bulat dengan Pengurus Dana, bertemu dengan kapten-kapten industri, serta lawatan Apple Inc dan TESLA Motors. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan