Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PM langsung tiada kaitan dalam siasatan 1MDB

9:01pm 21/07/2016 Pak Roshan 666 views Mutakhir,Nasional
Datuk Abdul Rahman Dahlan

Datuk Abdul Rahman Dahlan

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dilibatkan dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana siasatan itu langsung tidak mengaitkan nama beliau.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung dana pelaburan kerajaan itu.

“Kalau ada mana-mana pihak yang bersalah dalam siasatan ini, mereka perlu dihukum, tetapi yang paling penting ialah dalam dokumen yang telah dikeluarkan itu, perdana menteri tidak dilibatkan dalam siasatan itu.

“Malah, nama perdana menteri langsung tidak disebut,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan sempena lawatan sulung beliau ke pejabat Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) dan Talent Corp Malaysia Bhd di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata siasatan itu adalah saman sivil, penyiasatan sivil kerana Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sedang cuba meyakinkan mahkamah untuk merampas aset berkenaan.

“Jabatan Kehakiman Amerika hanya menyiasat aset-aset yang dikatakan dibeli dengan menggunakan wang yang tidak halal,” katanya. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan