Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PM gesa tonton drama Korea

9:50am 18/03/2016 Pak Roshan 25 views Global
SATU babak dalam drama ‘Descendants of the Sun.’

SATU babak dalam drama ‘Descendants of the Sun.’

Bangkok: Perdana Menteri Thai, Prayut Chan-O-Cha semalam menggesa rakyat negara itu menonton sebuah drama popular Korea Selatan yang mengisahkan bagaimana seorang tentera menyelamatkan nyawa penduduk.

Prayut yang merampas kuasa pada 2014 sering menggambarkan dirinya sebagai pegawai yang ditugaskan untuk menyelamatkan Thailand selepas dilanda kekacauan politik selama beberapa tahun.

Malah, dia juga mencipta dua lagu pop dan menerbitkan beberapa filem pendek untuk menyebarkan mesej patriotiknya.

Semalam, dia menggesa rakyat Thai menonton ‘Descendants of the Sun,’ drama yang mendapat sambutan baik di Korea Selatan, China, Jepun dan beberapa negara lain.

“Ia filem baik yang menyuntik semangat patriotik, pengorabanan, taat dan warga yang bertanggungjawab,” kata Prayut kepada pegawai di satu majlis kerajaan.

“Sila tonton drama itu. Jika ada pihak yang mahu menghasilkan drama seperti itu di sini, saya sedia membiayainya supaya rakyat menyayangi pegawai kerajaan yang tidak rasuah dan menjadikan penduduk negara ini saling menyanyangi,” katanya.-Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan