Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PM berhak tentukan barisan pentadbiran beliau: KM

Datuk Seri Musa Aman. - foto JKM
Datuk Seri Musa Aman. – foto JKM

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah menyifatkan pelantikan baharu jawatan dalam Kabinet Menteri Persekutuan sebagai usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengukuhkan lagi pentadbiran beliau.

Sambil mengalu-alukan pelantikan dua muka baharu dalam Kabinet tersebut dari Sabah, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, Najib mempunyai hak dalam membuat keputusan tersebut.

“Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada menteri yang baharu dilantik menganggotai jemaah pentadbiran kerajaan Persekutuan termasuk Datuk Seri Salleh Tun Said dan Datuk Wilfred Madius Tangau.

“Saya yakin, pengalaman mereka dalam politik dan bertugas dalam kerajaan sebelum ini akan dapat menyumbang kepada pentadbiran baharu kerajaan Persekutuan,” katanya beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Salleh dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia manakala Madius memegang portfolio Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Rombakan Kabinet tersebut melibatkan penguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri yang digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Turut digugukan ialah empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio beberapa jawatan.

Mengulas lanjut mengenai rombakan itu, Musa menambah Perdana Menteri memerlukan barisan Kabinet yang menyokong penuh dan dapat bekerjasama dengan beliau dalam memajukan negara pada masa depan.

Sehubungan itu, beliau turut meminta sebarang pergeseran politik dihentikan, sebaliknya semua pihak perlu menfokuskan terhadap usaha membantu menyelesaikan masalah rakyat secara keseluruhannya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan