Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PM ada strategi sendiri tentukan pemilihan calon yang boleh menang- Fattah

Fattah (kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang ahli kelab sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai strategi tersendiri dalam membuat pemilihan calon yang mampu memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Bendahari Kelab Sahabat N87 Malaysia Datuk Abdul Fattah Iskandar berkata, kemenangan di PRU akan datang adalah penting bagi UMNO amnya serta Barisan Nasional (BN) khususnya dan beliau yakin Sabah tetap akan menjadi tulang belakang kemenangan BN.

“Pemilihan calon pada PRU akan datang adalah atas budi bicara presiden parti dan beliau juga mahu PRU kali ini BN mesti mendapat 2/3 majoriti di parlimen.”

“Berdasarkan sasaran itu, sudah tentulah calon yang dipilih nanti adalah calon yang disenangi rakyat dan mempunyai potensi untuk memenangi kerusi dalam PRU akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Pelancaran Kelab Sahabat N87 Sabah zon 2 yang melibatkan Daerah Sepanggar, Putatan dan Penampang.

Menurut Fattah, N87 adalah satu pertubuhan yang menghimpunkan rakan-rakan seperjuangan Perdana Menteri ketika menjadi ketua pemuda pada tahun 1987 dan akan memainkan peranan dalam pelbagai program bagi mendekati rakyat.

“Program pelancaran pada malam ini adalah susulan daripada pelancaran yang telah dibuat sebelum ini di Sandakan serta Tawau dan pada malam ini adalah program ketiga dan kita akan terus laksanakan program seumpama ini di bahagian-bahagian lain.”

“N87 akan membantu dalam gerak kerja bagi mendekati pengundi dan sasaran kita adalah untuk memastikan kemenangan buat BN di PRU akan datang,”katanya./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan