Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PLKE mahu cipta rekod Guinness World Record hasil beg tangan terbesar

 Antara beg tangan yang dihasilkan menggunakan bahan buangan. - foto Monica Gidong
Antara beg tangan yang dihasilkan menggunakan bahan buangan. – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Pusat Latihan Kraftangan Epal berhasrat mencatat nama dalam Guinness World Record untuk menghasilkan beg tangan terbesar menggunakan kemeja terpakai sempena Kempen Kitar Semula.

Kempen Kitar Semula itu yang diadakan sejak 20 Mac lalu akan berakhir pada 19 April ini di beberapa pusat membeli belah terkemuka di kawasan bandaraya bertujuan meningkatkan kesedaran dan minat kepada masyarakat supaya lebih kreatif menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan sesuatu produk baru yang bermanfaat untuk semua.

Menurut Pengurus Pusat Latihan Kraftangan Epal, Moirin Douni, kempen itu berlangsung selama dua  hari bermula 20 Mac lepas di Suria Sabah, kemudiannya akan diadakan di Wisma Merdeka pada 30 dan 31 Mac ini.

“Kempen kitar semula dan pameran hasil jahitan kraftangan kreatif berasaskan bahan-bahan buangan akan diteruskan di pusat membeli belah Centre Point Kota Kinabalu pada 29 Mac hingga 7 April ini dan di City Mall pada 10 April hingga 19 April. Pameran akan dibuka bermula jam 9.30 pagi hingga 9 malam,” katanya di sini hari ini.

Moirin berkata Isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlida RM.Jasni dijangka menghadiri pameran kempen kitar semula di Centre Point pada 29 Mac ini. – Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan