Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Plaza Shell mercu tanda baharu KK

Datuk Seri Panglima Musa Aman- foto Jimmy Tan / sayangsabah.
                         Datuk Seri Panglima Musa Aman- foto Jimmy Tan / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Pembukaan Plaza Shell  pada hari ini memberikan satu mercu tanda baharu khususnya di bandaraya ini.

Bangunan yang dikendalikan oleh Hap Seng Consolidated Berhad itu memperlihatkan satu lagi struktur bangunan yang mempunyai reka bentuk dan seni bina moden.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata ia merupakan satu kebanggaan apabila melihat bangunan tersebut didirikan disebuah tapak yang sebelumnya hanya sebuah perkampungan air dengan rumah-rumah yang dibina di atas tiang.

“Hal ini menunjukkan bandaraya ini melalui kepesatan pembangunan dan transformasi kemajuan dari semasa ke semasa terutamanya sejak dekad kebelakangan ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena merasmikan Pembukaan Plaza Shell,di sini hari ini.

Musa berkata, pembukaan bangunan berkenaan turut membuka satu ruang peluang pekerjaan kepada orang ramai.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Hap Seng yang banyak memberikan sumbangan untuk pembangunan di negeri ini termasuklah dalam aspek perladangan, pelaburan hartanah dan pembangunan, kredit kewangan, perdagangan, automotive dan banyak lagi.

Katanya, syarikat berkenaan telah banyak memberi ruang pekerjaan kepada khalayak.

Beliau berharap agar syarikat berkenaan terus mengambil inisiatif untuk terlibat dalam pembangunan secara mapan bagi negeri ini.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan