Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,724

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Plag melekat pada otak

9:16am 11/11/2016 Pak Roshan 1093 views Global
KANAK-KANAK berkenaan dengan plag melekat di kepalanya.

KANAK-KANAK berkenaan dengan plag melekat di kepalanya.

Guangzhou: Seorang kanak-kanak terselamat selepas menjalani pembedahan mencabut plag yang melekat pada otaknya.

Dia sebelum itu dikatakan terjatuh di atas plag berkenaan.

Kejadian berlaku ketika kanak-kanak berusia dua tahun itu bermain di rumahnya di Guangzhou, menurut laporan media China.

Doktor berjaya mencabut plag berkenaan dari kepalanya dalam pembedahan selama tiga jam.

Menurut laporan xkb.com, kanak-kanak itu bermain di atas katil sekitar jam 11 malam 5 November lalu di rumah yang disewa keluarganya.

Ibunya berkata, dia terjatuh dari katil selepas terpijak bola plastik sebelum kepalanya menghempap plag berkenaan yang terbiar di lantai.

Keluarganya serta-merta membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan plag tiga pin itu melekat pada otak kanak-kanak terbabit.

Pembedahan kecemasan dijalankan dan doktor akhirnya berjaya mencabutnya.

Menurut laporan, keadaan kanak-kanak itu kini stabil dan dijangka dibenarkan pulang dalam masa dua minggu lagi. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan