Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PKS perlu daftar dengan MATRADE- Raymond

6:44pm 26/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 37 views Kota Kinabalu,Perniagaan,Tempatan
SERAH... Wan Aliff (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Raymond (kiri) sempena majlis perasmian Hari Eksport Sabah 2016, dekat sini, hari ini

SERAH… Wan Latiff (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Raymond (kiri) sempena majlis perasmian Hari Eksport Sabah 2016, dekat sini, hari ini

KOTA KINABALU- Bilangan pengusaha dan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berdaftar dibawah MATRADE di negeri ini masih terlalu rendah, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah.

Raymond berkata para pengusaha dan usahawan PKS perlu mendaftarkan perniagaan mereka dengan MATRADE.

Jelasnya, para pengusaha dan usahawan PKS boleh mendapatkan maklumat dan bantuan melalui Matrade bagi meningkatkan kualiti dan jumlah eksport produk dan barangan mereka ke pasaran luar.

” Terdapat banyak produk termasuklah produk berasaskan makanan yang telah dihasilkan oleh pengusaha dan usahawan PKS di negeri ini.

” Apa yang kami (kerajaan negeri) ingin sampaikan adalah bagaimana untuk menggalakkan para pengusaha dan usahawan PKS ini agar menambah baik produk mereka untuk tujuan eksport,”katanya dalam satu sidang media sempena Hari Eksport Sabah 2016, dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah, Thomas Wong dan Timbalan Ketua Eksekutif Matrade, Wan Latiff Wan Musa.

Selain itu, Raymond berkata program yang berlansung selama sehari itu mampu meningkatkan kesedaran, pengetahuan, potensi dan peluang pasaran global serta isu-isu semasa dipasaran antarabangsa di kalangan pengeksport dan usahawan di Sabah.

“Program ini juga menyediakan platform kepada para pengeksport dan usahawan Sabah untuk mendapatkan maklumat serta berinteraksi dengan agensi- agensi kerajaan mengenai pelbagai program yang dilaksanakan terutamanya yang berkaitan eksport,”jelasnya

Menurut Wan Latiff, program tersebut selaras dengan hasrat Matrade untuk memberi lebih penekanan dalam meningkatkan eksport negeri Sabah.

” Program hari ini akan memberi penumpuan kepada peluang-peluang eksport dan meningkatkan pengetahuan mengenai isu-isuK semasa di pasaran antarabangsa.

” Ia juga bertujuan menyalurkan maklumat-maklumat terkini tentang kemudahan, program dan aktiviti promosi perdagangan yang dikendalikan oleh MATRADE, peranan e-dagang dalam perdagangan antarabangsa dan kesedaran tentang peluang eksport melalui perniagaan dalam talian serta menyediakan platform kepada para pengeksport dan usahawan untuk berinteraksi dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan eksport,” katanya.

Dalam masa sama, Wan Latiff turut menyeru agar lebih banyak syarikat-syarikat PKS Sabah khususnya milik Bumiputera, Wanita dan juga golongan Belia untuk memulakan aktiviti eksport.

Katanya, PKS memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara.

” Daripada jumlah keseluruhan 18,330 syarikat dan organisasi yang berdaftar dengan MATRADE setakat 15 Oktober 2016, sebanyak 15,562 atau 85% adalah merupakan syarikat PKS, termasuk 229 syarikat daripada Sabah. Bilangan ini amat sedikit merangkumi 1.5% sahaja daripada jumlah keseluruhannya dan amat perlu ditingkatkan lagi,” jelasnya. -Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan