Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,423

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PKR, DAP Tolak Lajim Jadi Ketua Pembangkang Sabah

6:24pm 19/04/2017 Pak Roshan 2094 views Mutakhir,Politik

PKR membantah keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali mengekalkan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah sehingga hujung penggal DUN itu.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebaliknya berkata, PKR dan DAP mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api merangkap Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew memegang jawatan itu.

“Saya memberi sokongan penuh terhadap enam ADUN Sabah yang membantah lantikan Lajim sebagai Ketua Pembangkang Sabah dan bertegas mahukan Christina sebagai Ketua Pembangkang Sabah yang baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Speaker DUN Sabah pada 10 April lalu memutuskan Lajim yang merupakan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah iaitu salah sebuah parti pembangkang di Sabah kekal sebagai Ketua Pembangkang Sabah sehingga hujung penggal DUN.

 Syed Abas berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti bantahan daripada ADUN PKR dan DAP mengenai jawatan tersebut.

Lajim yang merupakan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah bertindak keluar dari parti tersebut tahun lalu kerana hilang kepercayan terhadap PKR sendiri.

Lajim kemudian menubuhkan Parti Harapan Rakyat Sabah namun tidak menyertai blok Pakatan Harapan diketuai DAP selain dianggotai PKR, PAN dan PPBM. – mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda