Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PKR Bimbang Laman Web Berita Didaftarkan

Fahmi-Fadzil1
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri pernah melarang media tertentu daripada membuat liputan mengenai parti itu tetapi berani mendakwa langkah kerajaan mahu mewajibkan pendaftaran laman web berita sebagai melanggar hak asasi media.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mendakwa, langkah tersebut kononnya akan turut menggadai masa depan negara.

“Undang-undang sedia ada amat mencukupi. Paling tidak, sebuah majlis media (media council) boleh diwujudkan agar media dapat melakukan pengawalseliaan sendiri.

“Kerajaan sebagai eksekutif perlu mengakui tugas dan tanggungjawab media sebagai estet ke-empat dalam memastikan wujudnya sistem semak dan imbang demi menjamin kesihatan demokrasi di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Fahmi turut mendakwa kerajaan sepatutnya lebih demokratik dan terbuka dalam menerima kritikan rakyat terutama melalui media sosial. – mynewshub.cc

Komen


Berita Berkaitan