Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PKR Bakal Tawan Lebih Banyak Kerusi Lama BN, UMNO Di Sabah PRU Akan Datang

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli pada sidang media selepas Majlis Makan Malam dan Pelancaran Tabung Reformasi 20 Tahun di Dewan Hakka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

 

KOTA KINABALU: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bertekad untuk turun ke kawasan-kawasan di Sabah untuk mendekati rakyat dan sebagai usaha permulaan bagi Pakatan Harapan (PH) menawan beberapa lagi kerusi-kerusi lama BN dan Umno.

Rafizi turut berkata, kerusi Parlimen Kinabatangan umpamanya bukan mustahil untuk dirampas PH dalam pilihan raya umum akan datang.

“Setelah kita berjaya merampas kawasan itu, kita akan bantu membangunkan dan memajukannya supaya rakyat di situ dapat menikmati arus kesejahteraan, pembangunan dan pekerjaan untuk anak-anak tempatan Sabah.

“Justeru, kita tiada pilihan kecuali mesti menang di Kinabatangan dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi untuk memang, kita tidak boleh bercakap sahaja, kita akan pastikan kepimpinan tertinggi PKR pun akan turun ke kawasan itu setiap masa,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan seorang ahli PKR mengenai isu pembangunan di Kinabatangan dalam majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun #Reformasi20Tahun di Dewan Hakka Kota Kinabalu.

Rafizi secara berseloroh berkata, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin lebih banyak `bergaduh’ dan bergurau di Parlimen daripada membawa isu rakyat.

Bagaimanapun, katanya, isu pembangunan di luar bandar di negeri ini bukan sahaja berlaku di Kinabatangan tetapi juga di tempat lain, namun situasi di Semenanjung adalah jauh lebih baik terutama daripada aspek kesejahteraan dan kebersihan. –Oleh Sitti Nor Azizah Talata/SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan