Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PKPS gesa peniaga turunkan harga barang

Datuk Mohd.Fadli Fathullah.
Datuk Mohd.Fadli Fathullah.

KOTA KINABALU- Persatuan Keusahawanan dan Perindustrian Sabah (PKPS) menggesa peniaga di Sabah menurunkan harga barang berikutan penurunan harga minyak dalam negara ketika ini.

Presidennya, Datuk Mohd. Fadli Fathullah berkata, harga barang di Sabah secara puratanya jauh lebih mahal berbanding di Semenanjung termasuk perkhidmatan eletrik dan lain-lain.

Justeru, menurut beliau apabila berlaku penurunan harga minyak, peniaga juga sepatutnya menurunkan harga barang memandangkan kenaikan harga barang dikatakan berkaitan dengan harga minyak.

“Secara peribadi saya menyokong kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengajak pengguna memboikot peniaga yang enggan menurunkan harga barang,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Fadli berkata, masyarakat Cina tidak wajar memandang kenyataan menteri berkenaan sebagai rasis kerana apa yang disuarakan itu merujuk kepada para peniaga secara keseluruhannya.

“Tetapi hanya kebetulan majoriti peniaga terdiri daripada masyarakat Cina, maka mereka amat terasa dengan kenyataan itu. Saya yakin, beliau (Ismail Sabri) mengeluarkan kenyataan itu dengan niat yang ikhlas menegur peniaga yang enggan menurunkan harga barang. Sebaliknya bukan sengaja untuk menimbulkan isu perkauman,” katanya.

Katanya, apa yang rakyat Sabah mahu ialah peniaga bertolak ansur dengan menurunkan harga barang sesuai dengan penurunan harga minyak. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan