Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PKPDNKK Keningau ambil tindakan ke atas 25 peniaga

Geoffrey Gumalang. - foto Kalawon Sawing
Geoffrey Gumalang. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PKPDNKK) Cawangan Keningau telah mengambil tindakan tegas terhadap 25 peniaga atas kesalahan tidak meletakkan tanda harga pada semua barangan dijual serta menaikkan harga barang sesuka hati.

Ketua Cawangan PKPDNKK Daerah, Geoffry Gumalang berkata, statistik itu direkodkan bermula 1 Januari lalu manakala nilai rampasan keseluruhan melalui operasi yang dijalankan berjumlah RM28,115 dan tindakan itu adalah mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972.

“Kita telah menentukan harga maksimum 12 jenis barangan untuk dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2015 yang akan disambut pada 19 Februari ini. Antaranya, ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, kubis bulai import, bawang putih, ikan bawal putih dan udang putih besar.

“Tempoh pelaksanaannya adalah selama 12 hari mulai 14 Februari ini. Skim ini akan dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi tiga buah daerah iaitu Keningau, Tenom, dan Tambunan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, peniaga yang menjual barang harga terkawal melebihi harga yang ditetapkan merupakan satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, atau boleh dikompaun sehingga RM50,000 mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Beliau memberitahu, pengenalan skim tersebut bertujuan agar pengguna dapat memperolehi barangan yang diperlukan pada musim perayaan pada harga yang berpatutan dan menyekat daripada peningkatan harga yang melampau.

Tambah beliau lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi PKPDNKK Keningau pada talian 087 338401 atau email ke [email protected] dan pengguna juga boleh menggunakan talian menerusi SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNKKADUAN”-(butiran aduan) atau hadir ke pejabat KPDNKK Keningau untuk membuat aduan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan