Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,754

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PKK Kudat anjur Mini Karnival Kesihatan

4:55pm 04/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 80 views Tempatan

KUDAT- Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Kudat akan mengadakan satu Program Mini Karnival Kesihatan Peringkat kawasan Kudat
selama dua hari bermula pada 8 Disember ini.

Program yang bakal dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Christina Rundi akan diadakan di Dataran Esplanad Sidek,
Pekan Kudat.

Pegawai Promosi Kesihatan PKK Kudat merangkap Penyelaras Projek, Mohd Idahan Anuar berkata, pelbagai aktiviti-aktiviti menarik
akan didakan untuk orang ramai sempena karnival berkenaan.

Antara aktiviti yang diadakan pada 8 Disember ialah forum kesihatan dan peraduan mewarna bertemakan ‘Kesihatanku Mahkotaku’.

“Peraduan Mewarna itu terbuka kepada kanak-kanak dalam katagori umur 7-9 tahun dan 10-12 tahun.

“Selain itu, turut diadakan pertandingan senamtari oelh Kumpulan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN), Panel Penasihat
dan ‘Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku’ Combi kawasan kudat dan juga perlawanan persahabatan bole tampar wanita di Dewan
Tun Mustapha,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada baru-baru ini.

Tambah beliau, turut diadakan Perlawanan Persahabatan bola sepak yang melibatkan pasukan di antara ketua jabatan Daerah Kudat, pilihan Jabatan kesihatan
Negeri Sabah dan pilihan Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat yang berlangsung pada jam 4.15 di pusat Sukan Kudat.

Sementara itu, Mini Marathon sejauh tujuh kilometer juga akan diadakan pada 9 Disember (Rabu) yang akan bermula seawal jam 6.30
pagi bermula di Esplaned Sidek dengan yuran penyertaan sebanyak RM3 setiap seorang.

Larian berkenaan terbahagi kepada tiga katagori iaitu katagori Veteran (45 tahun ke atas), katagori lelaki dan perempuan terbuka(18-44 tahun) dan katagori pelajar (17 dan ke bawah).

Orang ramai yang berminat untuk mengikuti larian tersebut boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Kudat di talian 088-611581, atau menghubungi ahlijawatankuasa terbabit iaitu Addie di talian 016-5820288 dan Euvane di 019-5275345.

Turut diadakan ialah pertunjukkan demonstrasi menyelamat di darat dan laut dengan kerjasama pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kudat, Ibu Pejabat Polis (PDRM) Kudat, Pasukan Maritim Malaysia (PMM), Hospital Daerah Kudat dan Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.
image

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan