Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PKEN disaran main peranan seimbang antara bidang komersil dan pembangunan negara

KOTA KINABALU – Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) diminta agar memainkan peranan seimbang antara mencapai matlamat komersil dan melaksanakan pembangunan ekonomi negara.
Pengerusi SEDCO, Datuk Nasir Sakaran sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Perbadanan itu mempunyai tanggungjawab besar dalam memenuhi matlamat ekonomi rakyat dan kerajaan.
“Matlamat stakeholder iaitu kerajaan dan rakyat perlu dipenuhi,” katanya semasa berucap merasmikan Program ‘Meeting of The Minds’ PKEN-PKEN Mengenai Halatuju yang berlangsung di Hyatt Regency Kinabalu di sini hari ini.
Katanya, setiap PKEN di negara ini masing-masing mempunyai kelebihan terutama berkaitan aspek ekonomi.
“Semua kelebihan tersebut boleh digembleng bagi menjana hasil komersil yang tinggi selain dapat mencapai keberhasilan melaksanakan program pembangunan negara.
Sementara itu, Nasir berkata, PKEN berjaya membantu melaksanakan kemajuan sosio-ekonomi kalangan usahawan Bumiputera di negara ini.
“Tidak dinafikan sejak penubuhan lebih empat dekad lalu, meskipun banyak kejayaan yang belum tercapai sepenuhnya, namun PKEN telah membantu mewujudkan ramai usahawan Bumiputera yang berkaliber dalam pelbagai bidang,” tambah beliau.
Nasir berkata, selain itu PKEN juga berjaya melebarkan sayap perniagaan komersil termasuk dalam bidang pembangunan hartanah, pelancongan dan sektor perindustrian sehingga ke luar negara.
“Bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini, PKEN terpaksa berdepan dengan cabaran dan persaingan yang besar terutama berkaitan iklim ekonomi global,” katanya lagi. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah
GAMBAR KENANGAN… Nasir (depan – empat dari kiri) bergambar kenangan bersama para peserta Program 'Meeting of The Minds' PKEN-PKEN Mengenai Halatuju yang berlangsung di Hyatt Regency Kinabalu. Turut kelihatan Pengurus Besar SEDCO, Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir (depan – dua dari kiri). – foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah
GAMBAR KENANGAN… Nasir (depan – empat dari kiri) bergambar kenangan bersama para peserta Program ‘Meeting of The Minds’ PKEN-PKEN Mengenai Halatuju yang berlangsung di Hyatt Regency, Kota Kinabalu. Turut kelihatan Pengurus Besar SEDCO, Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir (depan – dua dari kiri). – foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan