Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PK sedia perkhidmatan pos lebih efisien

Jailani (kiri) berbincang dengan salah seorang PK Kampung Baru Baru, Suhaili Jawak, 55, yang telah berkhidmat sejak 2010. - foto Jabatan Penerangan
Jailani (kiri) berbincang dengan salah seorang PK Kampung Baru Baru, Suhaili Jawak, 55, yang telah berkhidmat sejak 2010. – foto Jabatan Penerangan

TUARAN – Lebih 200 Posmen Komuniti (PK) yang telah dilantik di Sabah memainkan peranan penting secara proaktif dalam menyediakan sistem pos yang lebih efisyen sejak ia diperkenalkan pada tahun 2010.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Jailani Johari berkata, program itu diilhamkan oleh pihak kementerian menerusi Pos Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Jika kita lihat, program ini memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar, sekaligus menjadi agen transformasi kepada komunikasi melalui pos,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan PK Kawasan Tuaran di Kampung Baru Baru, di sini hari ini.

Beliau turut mencadangkan agar Konvensyen PK diadakan di Sabah dan Sarawak yang membolehkan PK cemerlang dikenalpasti dan diberi penghargaan bagi menggalakkan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk setempat.

Dalam pada itu, seramai lapan PK dalam daerah Tuaran yang ditemui melahirkan rasa bangga kerana dapat berkhidmat kepada masyarakat. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan