Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PIUMS mampu jadi pusat rujukan dan dakwah islamiah

KOTA KINABALU : Pembinaan Bagunan Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) mampu memberi kemudahan rujukan ilmiah serta pusat kegiatan dakwah kepada para pelajar, kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan masyarakat sekitar.

Pengarah PIUMS, Dr. Muhamad Suhaimi Taat berkata, bagunan baharu yang siap pada Mei itu mula dibina pad 24 Oktober 2016 dengan kos pembinaan sebanyak RM 4.7 juta melalui peruntukan persekutuan yang disalurkan melalui Kementerian Pengajian Tinggi.

Tambah beliau, bagunan dua tingkat berkeluasan 6,280 meter persegi berkenaan menempatkan Pejabat Pentadbitan PIUMS di tingkat satu manakala bahagian bawah menempatkan dua bilik seminar yang boleh menempatkan 300 orang pada satu masa, dua bilik kuliah, satu perpustakaan mini, satu kedai mini, satu bilik galeri dan satu bilik mesyuarat eksekutif selain kemudahan pantri dan tandas awam.

“Bangunan baharu ini mampu menjadi pusat rujukan akademik selain menjadi penggerak kepada penganjuran aktiviti keagamaan dengan lebih kondusif dan berskala besar,” jelas beliau ketika menyampaikan taklimat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Juhar Datuk Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah R.M. Jasni di sini, pada Isnin.

Tun Juhar yang merasmikan bagunan tersebut, diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada majlis berbuka puasa dan solat sunat tarawih di Masjid UMS.

Pada majlis tersebut, Tun Juhar juga menyaksikan penyerahan sumbangan zakat berjumlah RM16 ribu dari Pusat Zakat Sabah kepada pelajar dan kakitangan UMS yang layak.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri, Datin Shuryani Shuaib, Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr. Yusof Yacob, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani, Naib Censelor UMS, Prof. Datuk Dr. D. Kamarudin.D Mudin, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman./Penerangan-

Kamarudin (tiga kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Tun Juhar sambil disaksikan Yusof (dua kiri) dan Toh Puan Norlidah (tiga kanan) sejurus majlis perasmian bangunan PIUMS.

Komen


Berita Berkaitan