Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,738

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PITKM Sabah minta kerajaan sediakan pelan alternatif bagi membantu golongan ibu tunggal

6:48pm 13/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 45 views Tempatan,Wanita,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Kenangan... Jainab menerima cenderahari daripada Rosimah (ketiga dari kiri)

Kenangan… Jainab menerima cenderahari daripada Rosimah (ketiga dari kiri)

KOTA KINABALU- Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Cawangan Sabah berharap agar kerajaan menyediakan pelan tindakan alternatif bagi membantu golongan ibu tunggal seperti memberi kelonggaran untuk mendapatkan bantuan tanpa melalui tapisan e-kasih.

Pengerusinya, Datuk Hjh. Rosimah Zakaria berkata terdapat sebilangan ibu tunggal masih gagal menikmati bantuan yang disediakan kerajaan termasuk program Azam Niaga.

“Mereka ini sewajarnya turut diberi peluang menikmati bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

“Tanpa bantuan ini kita khuatir akan berlaku lebih banyak masalah seperti kesihatan dan pendidikan anak- anak menjadi terbiar, sukar untuk bekerja bagi menampung hidup dan akhirnya menjerumuskan mereka ke dalam masalah sosial dan jenayah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Mesyuarat Agung Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Cawangan Sabah, di Dewan Hotel Yaho, Sembulan, hari ini.

Rosimah turut menggesa pihak kementerian yang terlibat agar mencari satu pendekatan untuk menangani isu ibu tunggal yang gagal memohon projek- projek perumahan rakyat (PPR) atau projek perumahan rakyat termiskin (PPRT).

“Dalam suasana kos kehidupan yang semakin meningkat ditambah dengan bebanan hidup, golongan ibu tunggal ini sukar untuk memiliki rumah sendiri jika tidak dibantu oleh pihak bertanggungjawab,” katanya.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hjh. Jainab Ahmad Ayid merasmikan mesyuarat agung PITKM Cawangan Sabah, Presiden PITKM, Dato Melati Ali, dan ahli- ahli PITKM. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Rosimah ketika berucap di Mesyuarat Agung PITKM Cawangan Sabah, di Dewan Hotel Yaho, Sembulan, disini, hari ini.

Rosimah ketika berucap di Mesyuarat Agung PITKM Cawangan Sabah, di Dewan Hotel Yaho, Sembulan, disini, hari ini.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan