Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PITIMBUNGAKAN SEJARAH, RUNGKAI SEJARAH ORANG ASAL SABAH

Jannie (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama jawatankuasa pelaksana Majlis Pitimbungakan Sejarah Sabah Siri Satu: Tonggorib, Pengait dan Head-Hunters? pada acara tersebut. -Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Pitimbungakan (bual bicara) Sejarah Sabah Siri Satu dilihat mampu merungkai dan mendokumentasikankan sejarah lagenda masyarakat Sabah yang hampir pupus dan dilupakan.

Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Jannie Lasimbang berkata, usaha berkenaan adalah agar asal usul orang asal tidak dilupakan bahkan dibangunkan secara kreatif dalam pelbagai program.

“Mendokumenkan warisan cerita lagenda, cerita rakyat serta seumpamanya mempunyai nilainya yang tersendiri.

“Antaranya pada nilai ekonomi itu sendiri yang mana ia biasanya meninggalkan suatu bukti atau merujuk kepada sesuatu tempat mahupun objek termasuk tokoh.

“Kita tahu sekiranya tempat, objek atau tokoh ini dipelihara serta dibangunkan secara yang bersesuaian boleh menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara para hadirin sekalian dan ia boleh mendatangkan pendapatan kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pitimbungakan Sejarah Sabah Siri Satu: Tonggorib, Pengait dan Head-Hunters? di Dewan Recital Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini.

Katanya, penyatuan kepelbagaian suku kaum di Sabah serta kisah-kisah silam yang unik dan tersendiri mampu berkongsikan pengalaman-pengalaman tersebut agar dapat didokumentasikan.

“Oleh itu, kewujudan perpaduan serta suasana saling menerima ini harus kita pelihara serta kekalkan kerana ini penting untuk kelestarian kehidupan kita.

“Dalam mana-mana sejarah pembangunan ekonomi dan manusia sudah tercatat bahawa keutuhan sebuah negara adalah bersasaskan kepada kekentalan perpaduan dalam masyarakat itu.

“Seperti yang dapat kita lihat hari ini, budaya dan sejarah mempunyai peranan penting dalam memupuk perpaduan itu yang akhirnya dapat memberi manfaat baik kepada pembangunan ekonomi kita,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan