Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PitchBorneo, cetusan idea mengembangkan perniagaan

12:23pm 23/11/2015 Leolerry Lajius 33 views Kota Kinabalu,Tempatan

 

KOTA KINABALU: Sebanyak 24 idea yang telah ditonjolkan oleh peserta Pitchborneo melalui pembentangan idea perniagaan yang menawarkan dana sehingga RM20,000 kepada 10 idea terbaik di peringkat negeri Sabah.

 

Menurut Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat, pertandingan ini telah menjadi satu fenomena dan penanda ukur kepada para usahawan untuk menilai tahap pencapaian mereka dalam bidang yang diceburi.

 

“Saya berharap mereka yang berjaya dalam pertandingan ini akan menggunakan hadiah kemenangan mereka sebaik mungkin untuk mengembangkan perniagaan masing-masing,” katanya.

 

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada wakil Persatuan Malim Gunung Sabah yang hadir dalam majlis itu atas sumbangan mereka ketika peristiwa gempa bumi dan menyeru agar semangat malim gunung itu dijadikan inspirasi dalam memajukan perniagaan.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena `PitchBorneo Finale 2015` di Palace Hotel semalam.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan