Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pisau tembus pipi

DOKTOR cuba mencabut pisau berkenaan. - Agensi
DOKTOR cuba mencabut pisau berkenaan. – Agensi

Aracruz (Brazil): Doktor di sebuah hospital di sini berjaya mencabut pisau yang terbenam pada muka seorang lelaki mabuk.

Lelaki berusia 28 tahun itu dilaporkan keluar dari hospital itu beberapa jam selepas menjalani pembedahan yang dianggap mengerikan itu.

Rakaman prosedur pembedahan yang diketuai Dr Diego Rocha Moreira dan dimuat naik ke Internet menunjukkan pakar bedah mencabut pisau sepanjang 20 sentimeter berkenaan yang terbenam di dalam tulang pipi menerusi sisi hidungnya.

 Seorang pakar bedah dilihat mengenggam hulu pisau itu sebelum menggunakan segala kekuatannya untuk mencabut senjata itu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan