Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PIP daerah penting

5:08pm 20/11/2015 Ann Vivien 14 views Isu Semasa,Tempatan
 Fredian ( dua dari kanan ) semasa mempengerusikan sesi percembahan fikiran itu.

Fredian ( dua dari kanan ) semasa mempengerusikan sesi percembahan fikiran itu.

NABAWAN : Pelan Induk Pembangunan (PIP) sebagai panduan untuk membangun daerah ini dalam pelbagai aspek pembangunan yang merangkumi infrastruktur, ekonomi, kesihatan, kebudayaan dan sebagainya perlu diwujudkan.

Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan berkata, sesebuah daerah perlu ada PIP kerana ia amat penting sebagai terma rujukan pembangunan daerah.

Sehubungan dengan itu beliau memohon kerjasama daripada pihak Insstitut Kajian Pembangunan Sabah ( IDS) untuk membuat kajian dan seterusnya menyediakan PIP bagi daerah Nabawan.

Beliau berkata demikian semasa sesi Percembahan Fikiran Penyediaan Terma Rujukan Pembangunan Daerah Nabawan di Bilik Mesyuarat Batu Punggul Pejabat Daerah di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, penyediaan PIP Daerah bukan sahaja menjadi  terma rujukan pembangunan tetapi ia amat perlu sebagai rujukan pembangunan bagi jangka panjang.  -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan