Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,730

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pintu sentiasa terbuka untuk membincangkan MA63- Najib

3:49pm 12/11/2016 Leolerry Lajius 1996 views Kota Kinabalu,Politik,Tempatan

PENAMPANG: Pintu perbincangan untuk membincangkan isu yang menyentuh mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sentiasa terbuka untuk dibincangkan.

Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak berkata, ruang untuk membincangkan perkara ini sentiasa dititikberatkan dan ia terbuka untuk dibincangkan dengan lebih lanjut.

“Saya tak nak ambil hak orang Sabah. Hak orang Sabah saya nak ia dipertahankan.Saya sedar akan kepentingan perkara ini dan dengan adanya ruang perbincangan ini, saya mahu hak untuk negeri ini diperbaharui,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Konvensyen UPKO, di Pusat Kebudayaan Penampang, hari ini.

Najib turut menegaskan, perbincangan semula perkara ini tidak sepatutnya menimbulkan sentimen keluar daripada Malaysia.

“Tapi saya minta jangan kata kami mahu keluar dari Malaysia, kerana kita telah lama bersama-sama dalam satu gabungan dan kita akan tetap bersama selamanya sebab kita masih ada agenda besar untuk dilaksanakan bersama-sama,”katanya.

Beliau turut menyeru agar setiap pemimpin memberi keutamaan kepada rakyat dan sentiasa mendengar permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

“Kita mesti beri tumpuan kepada rakyat dan sentiasa mengutamakan penyelesaian masalah yang mereka hadapi.”

“Kalau kita buat kerja yang betul dan sentiasa memberikan tumpuan kepada rakyat, saya percaya parti-parti baru ini tidak akan mampu menandingi Barisan Nasional,”katanya.

Menyentuh mengenai pembahagian 13 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah yang baru, beliau berkata pembahagian akan dilaksanakan dengan telus dan adil.

“Berhubung DUN yang baru ini, kita akan membuat pembahagian kerusi dengan adil dan perkara yang paling penting adalah kita mahu memastikan calon yang kita beri mandat untuk bertanding di kawasan itu boleh menang,”katanya.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Madius Tangau, Presiden Kehormat Upko yang juga Duta Malaysia ke Vantikan Tan Sri Bernard Dompok serta pemimpin parti komponen BN.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Najib (tiga dari kanan) menerima cenderahati daripada Madius.-Gambar Oleh Alex Mairin

Najib (tiga dari kanan) menerima cenderahati daripada Madius.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan