Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pinktober raih pesakit, bekas pesakit kanser payudara

Barisan ahli KPR yang diketuai Presidennya, Nancy Tham (tengah, barisan hadapan) menunjukkan isyarat sokongan sempena sambutan bulan kesedaran Barah Payudara 2018 sepanjang Oktober ini selepas sidang media di Kota Kinabalu. – SabahNewsToday

KOTA KINABALU: Kinabalu Breast Cancer Support Association (KPR) akan mengadakan kempen Pinktober sepanjang bulan ini bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terutama golongan wanita di negeri ini terhadap penyakit barah payudara.

Presiden KPR, Nancy Tham berkata, sambutan bagi kempen tersebut pada bulan ini juga diadakan serentak di seluruh dunia sebagai tanda sokongan kepada bekas dan pesakit kanser payudara di serata negara.

”Oleh itu, kami di KPR telah mengatur pelbagai program menarik berkaitan sepanjang bulan ini untuk memeriahkan sambutan di peringkat negeri Sabah.

“Antaranya ialah majlis amal bagi mengumpul dana bagi membantu pesakit barah payudara yang terpaksa menanggung kos tinggi semasa mendapatkan rawatan. Bantuan pada tahun ini kita naikkan kepada RM300 daripada RM250 sebelum ini.

Abdul Kadir (dua dari kanan) menyerahkan replika vaucer kepada Dr. Farhana Harzila dari Klinik Pakar Payudara QEH2, sambil diperhatikan oleh Nancy. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

“Syarat kelayakan ialah penerima adalah warganegara Malaysia dengan pendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan dan sedang menerima rawatan. Pesakit juga boleh mengemukakan permohonan bantuan kali kedua sekiranya kanser berulang,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Pinktober 2018 di sini hari ini.

Dalam majlis itu, turut diadakan penyerahan tajaan vaucer makanan tajaan Kumpulan BTC Berhad yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Kadir M. E Sikandar kepada Nancy.

Nancy berkata, vaucer itu akan diagihkan kepada pesakit di Klinik Pakar Payu Dara di Hospital Queen Elizabeth Dua (QEH2).

Katanya, Klinik Malaysia pula akan menjalankan pemeriksaan payu dara secara percuma kepada wanita menerusi pemberian vaucer serta pengagihan 10 pasang khas baju dalam jenis Post Op Bras atau surgical bras yang berharga RM100 setiap satu kepada pesakit.

“Kami juga akan mengadakan Parti Zumbathon dengan kerjasama Fi Fiesta Resources dan program kesedaran di Kudat bersama Persatuan Perancang Keluarga Sabah (SFPA), Hospital KPJ, QEH2 dan Mahkamah Anak Negeri Kudat,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan