Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pingat pertama

PANDELELA (kanan) dan Jun Hoong memperagakan pingat perak yang dimenangi. FOTO Rosli Rahmat
PANDELELA (kanan) dan Jun Hoong memperagakan pingat perak yang dimenangi. FOTO Rosli Rahmat

Rio de Janeiro: Penerjun Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong meraih pingat pertama kontinjen negara pada temasya Sukan Olimpik Rio menerusi pingat perak dalam acara 10m platform serentak wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk, awal pagi tadi.

Pandelela-Jun Hoong mengumpul 344.34 mata selepas menamatkan lima terjunan, tewas 9.66 mata kepada gandingan pilihan dari China, Chen Ruolin-Liu Huixia yang meraih emas dengan 354.00 mata.

Pasangan Kanada, Meaghan Benfeito-Roseline Filion merangkul pingat gangsa dengan mengumpul 336.18 mata.

Ia pingat kedua kontinjen Malaysia dalam acara terjun Sukan Olimpik selepas Pandelela merangkul gangsa acara 10m platform wanita di London empat tahun lalu. – myMetro Online

DIVING

Komen


Berita Berkaitan