Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pindah ibu negara

pindah
JAKARTA tidak mungkin dapat menampung pelbagai aspek kegiatan penduduk pada beberapa tahun akan datang

 

Jakarta: Pentadbiran Presiden Joko Widodo (Jokowi) dilapor sudah mempersiapkan rancangan untuk memindahkan ibu negara Indonesia dari Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta ke bandar lain.

Menurut laporan Antara yang memetik sumber yang rapat dengan pentadbiran itu, Pulau Kalimantan adalah yang paling ideal untuk menjadi ibu negara baru.

Ketika pemerintahan Presiden Sukarno, Kota Palangka Raya di Kalimantan Tengah menjadi pilihan utama untuk menggantikan Jakarta.

Bagaimanapun, kerajaan Indonesia kini menganggap Kota Palangka Raya tidak lagi sesuai.

Agensi berita Antara memetik Menteri Pembangunan Nasional yang juga Ketua Jawatankuasa Perencanaan Pembangunan Nasional Andrinof Chaniago sebagai berkta, Palangka Raya tidak lagi menjadi pilihan utama kerana ekosistemnya tidak sesuai.

Menurutnya, walaupun wilayah Palangka Raya luas, kira-kira 2,679 kilometer persegi atau empat kali lebih besar berbanding Jakarta yang hanya 740.3 kilometer persegi, ia mudah dilanda banjir apabila silap kelola.

Menurut Andrinof, dua bandar lain di Kalimantan Tengah iaitu Sampit dan Pangkalan Bun adalah paling sesuai menjadi ibu negara baru kerana jaraknya yang lebih dekat dengan Pulau Jawa dan tidak akan menyukarkan untuk mengawal kesinambungan.

Rancangan untuk memindahkan ibu negara itu diambil berdasarkan Jakarta tidak mungkin lagi dapat menampung tumpuan dan pelbagai aspek kegiatan penduduk pada beberapa tahun akan datang.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan