Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pindah harimau dari kuil

10:03am 01/06/2016 Pak Roshan 227 views Global
PEGAWAI hidupan liar mengusung seekor harimau yang ditembak dengan ubat pelali untuk dipindahkan.

PEGAWAI hidupan liar mengusung seekor harimau yang ditembak dengan ubat pelali untuk dipindahkan.

Bangkok: Pegawai hidupan liar Thailand mula memindahkan sebahagian 137 harimau yang dipelihara di sebuah kuil Buddha yang menjadi tarikan pelancong di wilayah Kanchanaburi, barat Bangkok.

Tindakan itu diambil selepas terdapat tuduhan sami di kuil berkenaan membiak dan menyeludup haiwan terancam itu secara haram.

Pengarah Pejabat Pemuliharaan Hidupan Liar Thailand, Teunjai Noochdumrong berkata, tiga harimau ditembak dengan ubat pelali dan dipindahkan kelmarin.

Operasi pemindahan membabitkan 1,000 pegawai itu dijangka diteruskan selama seminggu.

Menurutnya, semua harimau berkenaan dibawa ke tiga pusat pemindahan haiwan di seluruh negara.

Kuil yang dikenali sebagai Kuil Harimau itu menjana pendapatan selepas menjadi tarikan popular pelancong.

Bagaimanapun, aktivis haiwan mengkritik kuil itu kerana tidak mempunyai kemudahan lengkap untuk memelihara harimau serta melanggar undang-undang yang melarang memperdagangkan haiwan itu.

Sami di kuil itu sebelum ini menghalang usaha kerajaan untuk memindahkan harimau berkenaan dan sekali lagi cuba menghalang operasi itu kelmarin.

Pihak pengurusan kuil akhirnya mengalah selepas polis mendapatkan perintah mahkamah. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan