Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PIMSA tawarkan 3000 peluang pekerjaan bagi belia pedalaman Sabah

7:36pm 23/10/2016 Leolerry Lajius 160 views Kota Kinabalu,Tempatan
Zulkarnain Mahdar (tengah) mengambil gambar bersama ahli PIMSA.-Gambar Oleh Alex Mairin

Zulkarnain Mahdar (tengah) mengambil gambar bersama ahli PIMSA.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Persatuan Peniaga India Muslim Sabah (PIMSA) tawarkan hampir 3000 peluang pekerjaan yang dikhususkan untuk belia di pedalaman negeri ini.

Menurut Penasihat PIMSA Datuk Zulkarnain Mahdar, tawaran itu terbuka kepada semua belia di pedalaman terutama sekali yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak melihat kepada latar belakang pendidikan.

“PIMSA juga turut menyediakan tempat penginapan, ditanggung makan dan juga turut menanggung rawatan kesihatan bagi belia yang mendapat pekerjaan dalam mana-mana hampir 400 buah kedai ahli persatuan ini.”

“Belia yang mendapat perkerjaan melalui PIMSA juga dalam masa yang sama boleh menimba pengalaman mengenai perniagaan dan boleh membuka perniagaan sendiri selepas mempunyai pengalaman yang cukup,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Madrasah Tahfiz Al Madinah dan Mesyuarat Agung Pertama PIMSA, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan, walaupun berhadapan dengan senario kenaikan harga barang tetapi PIMSA tidak akan menaikkan harga barang di kedai yang berdaftar dengan persatuan itu.

Mengulas mengenai madrasah berkenaan, ia dibuka kepada pelajar yang berumur 12 tahun ke atas dan diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan secara percuma.

“Madrasah ini yang boleh menerima hampir 100 orang pelajar juga turut membuka kelas tuisyen bagi pelajar PT3 yang juga diberikan secara percuma,”katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh PIMSA boleh menghubungi talian 0168021786.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

img-20161023-wa0003

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan