Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pilunya pembantu rumah dilayan sebegini

Hanya mampu melihat kerana ada manusia yang tidak menganggap manusia lain sama taraf dengannya. - Foto Michael Fanny
Hanya mampu melihat kerana ada manusia yang tidak menganggap manusia lain sama taraf dengannya. – Foto Michael Fanny

Jakarta: “Pembantu kamu adalah sebahagian daripada kehidupan, cerminkan sifat kemanusiaan kamu. Hargai dan kasihanilah pembantu, pemandu dan tukang kebun kita,” antara coretan Michael Fanny di akaun Facebook bersama gambar seorang pembantu rumah duduk seorang diri melihat keluarga majikannya makan di sebuah restoran di sini, kini merebak di laman sosial Indonesia.

Menurut Daily Mail, catatan status Michael itu sudah dikongsi lebih 60,000 kali dengan puluhan ribu memberi pelbagai reaksi, rata-rata simpati dengan pembantu rumah berkenaan serta mengecam majkannya.

Gambar menunjukkan pembantu rumah itu duduk seorang diri di meja berasingan tanpa makanan atau minuman, hanya melihat keluarga majikannya duduk di meja berasingan yang penuh dengan pelbagai makanan.

Tersentuh dengan keadaan itu, Michael merakam gambar berkenaan dan memuat naik ke Facebook pada 23 September lalu.

Selepas coretannya mendapat perhatian ramai Micahel meminta orang ramai jangan mempersalahkan keluarga berkenaan.

“Tolong jangan hakimi keluarga majikan itu, kita ambil nilai positif dan buang nilai negatif daripada kejadian ini.

“Hidup ini harus penuh dengan rendah diri dan jangan ada perasaan benci sesama – Agensi/HMetro

Coretan Michael Fanny di Facebook.
Coretan Michael Fanny di Facebook.

Komen


Berita Berkaitan