Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pilih singa untuk bunuh diri

9:22am 23/05/2016 Pak Roshan 4865 views Global
SINGA berkenaan dikatakan ‘bermain’ dengan lelaki itu sebelum cuba membahamnya.

SINGA berkenaan dikatakan ‘bermain’ dengan lelaki itu sebelum cuba membahamnya.

Santiago: Seorang lelaki yang berbogel dan memasuki kandang singa di sebuah zoo di Chile terselamat, tetapi dua haiwan berkenaan mati ditembak.

Pihak berkuasa di sini mengesahkan dua singa itu ditembak mati selepas mereka membaham lelaki berusia 20 tahun itu yang menceroboh masuk ke kandang berkenaan, kelmarin.

Lelaki itu, Franco Luis Ferrada Roman dibawa ke hospital berhampiran untuk dirawat dan dilapor dalam keadaan tenat.

Dia memasuki kandang itu dan menanggalkan pakaian.

Sebaik berada di dalam, singa berkenaan serta-merta menerkamnya dan mula ‘bermain’ dengan lelaki itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan