Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pilih kucing lagi bagus

9:08am 21/12/2015 Pak Roshan 80 views Global
BARSIK, kucing yang menjadi pilihan penduduk Barnaul.

BARSIK, kucing yang menjadi pilihan penduduk Barnaul.

Barnaul: Penduduk di sini mahukan seekor kucing menjadi datuk bandar baru mereka kerana bosan dengan pertelingkahan politik dan perebutan kuasa.

Penduduk bandar Barnaul di Siberia ini yang terletak 2,900 kilometer ke timur Moscow akan mengundi minggu depan untuk memilih datuk bandar baru.

Satu suruhanjaya terdiri daripada ahli majlis perbandaran dan gabenor wilayah akan memilih seorang daripada enam calon yang bertanding.

Bagaimanapun, tidak seorangpun daripada enam orang itu menarik minat penduduk Barnaul.

Kelmarin, satu undi tidak rasmi yang dilakukan secara online meminta penduduk memilih dalam kalangan enam orang itu dan seekor kucing bernama Barsik.

Hasilnya menunjukkan lebih 90 peratus penduduk memilih kucing itu.

Bagi pemerhati, keputusan itu membawa mesej serius yang hendak disampaikan penduduk.

Barnaul, seperti kebanyakan bandar Russia lain, tercemar dengan kegiatan rasuah dalam kalangan pegawainya.

“Hasil undian itu menunjukkan penduduk tidak percaya terhadap semua calon yang bertanding. Bagi mereka, lebih baik melantik kucing menjadi datuk bandar. Ia pasti bersih daripada rasuah,” kata pegawai kanan Parti Komunis tempatan Ivan Karpov.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan