Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pilih pengajian sesuai dengan pasaran kerja

Program Jalan Ke Unversiti anjuran Pemuda UMNO dan Jasa di perkarangan Pejabat Pemuda UMNO Bahagian Tenom mendapat sambutan orang ramai.
Program Jalan Ke Unversiti anjuran Pemuda UMNO dan Jasa di perkarangan Pejabat Pemuda UMNO Bahagian Tenom mendapat sambutan orang ramai.

TENOM – Bidang pengajian yang sesuai harus dititiberatkan oleh pelajar bagi memastikan kursus yang diambil bersesuaian dengan pasaran kerja sejurus selepas mereka menamatkan pelajaran.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, seiring dengan wawasan 2020 bagi menjadikan negara sebagai sebuah negara maju dan membangun, ia memerlukan tenaga mahir dan berilmu pengetuhan sebagai pemain utama mengerakkan kemajuan tersebut.

Justeru, katanya pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti awam dan swasta perlu memilih bidang bidang yang sesuai bagi mengisi keperluan tenaga kerja berdasarkan pasaran kerja terkini.

“Jika mereka (pelajar) berpeluang untuk menyambung pelajaran, maka mereka perlu memilih jurusan-jurusan yang dikehendaki di pasaran kerja dan janganlah mengambil jurusan tertentu disebabkan dipengaruhi rakan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jalan Ke Unversiti anjuran Pemuda UMNO dan Jasa di perkarangan Pejabat Pemuda UMNO Bahagian Tenom, di sini hari ini.

Hampir 500 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) serta ibu bapa hadir ke majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tenom Azlan Dimon.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom, kebanyakan graduan yang menganggur sekarang adalah kerana tersalah pilih jurusan sedangkan ada industri yang lebih menginginkan pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan