Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pikachu, Charmander ganti wajah suspek

SEORANG anggota polis menunjukkan watak Pikachu yang menggantikan wajah suspek.
SEORANG anggota polis menunjukkan watak Pikachu yang menggantikan wajah suspek.

Bangkok: Watak Pokemon Go digunakan polis Bangkok untuk menggantikan gambar suspek yang masih belum ditangkap pada satu sidang media atas arahan Perdana Menteri Prayut.

Dalam sidang media di Bahagian 1 Polis Metropolitan, semalam, gambar Pikachu watak utama permainan itu dan Charmander ditampal di atas carta polis yang menunjukkan rangkaian suspek dadah.

Dua watak kartun itu mewakili dua suspek yang masih diburu. Suspek lain yang sudah ditangkap dikaburkan.

Barangan milik suspek yang dirampas daripada mereka turut dipamerkan. Prayut sebelum ini melarang suspek didedahkan pada sesi sidang media selaras dengan garis panduan antarabangsa berhubung hak asasi manusia.

Ini berikutan Sekretariat Perdana Menteri membentangkan laporan keadaan hak asasi di Thailand. Sehubungan itu Ketua Polis Negara, Chakthip Chaijinda berkata, polis akan membuat perubahan pada sidang media mereka.

Namun dia percaya suspek kes membabitkan rogol serta bunuh mesti tetap didedahkan sebagai amaran kepada orang awam. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan