Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pihak sekolah dan IPT perlu pastikan keselamatan bangunan dan persekitaran sekolah dan institusi

Lee (tengah) menerima cenderahati daripada Pengetua SMK Benoni, Rohani Abdullah. Foto Oleh Jimmy Tan/ SayangSabah
Lee (tengah) menerima cenderahati daripada Pengetua SMK Benoni, Rohani Abdullah. Foto Oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

PAPAR- Pihak sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu menjalankan audit keselamatan secara berkala bagi memastikan bangunan dan persekitaran sekolah dan institusi sentiasa selamat dan sesuai untuk pembelajaran yang efektif, kata Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau yang merupakan Presiden Institusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara ( NIOSH) berkata sekolah merupakan sebuah tempat kerja dimana guru besar atau pengetua, para guru dan kakitangan sekolah adalah pekerja.

“Sekolah yang juga tempat bekerja, perlu ada dasar atau polisi keselamatan dan kesihatan secara bertulis atau diketahui oleh semua warga sekolah termasuk mereka yang hadir ke sekolah,”katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis pelancaran kempen kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah (OSH in School) di SMK Benoni, disini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, OSH di sekolah perlu dipraktik adalah bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap pekerja di sekolah, melindungi orang lain (pelajar dan ibubapa) semasa berurusan, mengadakan persekitaran kerja yang sesuai dengan kehendak pekerja.

Selain itu, NIOSH turut memperkenalkan program ‘Lima Minit OSH’ dimana satu taklimat mengenai topik keselamatan dan kesihatan selama lima minit kepada para pelajar. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Lee ditemani Rohani melawat booth pameran sempena pelancaran 'OSH in School'. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah
Lee ditemani Rohani melawat booth pameran sempena pelancaran ‘OSH in School’. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan