Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pihak pemaju perlu pastikan DP/ BP patuhi keperluan dan syarat teknikal

1:41pm 10/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 30 views Laporan Sidang DUN,Mutakhir

Joachim-g

KOTA KINABALU- Pihak pemaju dan konsultan perlu memastikan bahawa setiap Pelan Pembangunan (DP) dan Pelan Bangunan (BP)  yang dikemukakan hendaklah mematuhi segala keperluan dan syarat-syarat teknikal sebelum mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menurut Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, pematuhan kepada peraturan dan syarat-syarat teknikal akan mempercepatkan tempoh kelulusan DP dan pengeluaran Sijil Menduduki (Occupation Certificate (OC)).

“Jika sekiranya keperluan-keperluan dan syarat-syarat teknikal berkenaan telah dipenuhi, saya memberi jaminan bahawa kelulusan DP dan OC akan dikeluarkan dalam masa yang munasabah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Wilfred M. Bumburing (APS- Tamparuli) berkenaan kelambatan kelulusan DP dan OC ke atas projek pembangunan persendirian dan tindakan kerajaan memperbaiki keadaan demi merancakkan pembangunan di Sabah pada Persidangan DUN, disini, hari ini.

Joachim berkata terdapat beberapa perkara yang boleh  melambatkan kelulusan DP.

Diantaranya, cadangan pembangunan yang tidak sesuai dengan zon pembangunan tanah seperti kawasan bakau, berbukit dsn zon gunatanah yang bercanggah.

Selain itu, kegagalan mematuhi piawai dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan juga merupakan antara punca kelambatan kelulusan dan dokumen yang dikemukan tidak lengkap.

Manakala, kelambatan kelulusan OC disebabkan oleh kegagalan mematuhi syarat-syarat kelulusan DP dan BP, gagal mematuhi keperluan jabatan-jabatan teknikal dan maklumat yang dikemukakan tidak lengkap. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan