Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pihak cuba ambil kesempatan daripada musibah menimpa penduduk

Muis Picho (dua kanan) menyampaikan sumbangan PZS kepada salah seorang mangsa. - foto Masani Sandan
Muis Picho (dua kanan) menyampaikan sumbangan PZS kepada salah seorang mangsa. – foto Masani Sandan

TAWAU – Seramai 69 ketua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sentosa Hill Top, di sini menerima bantuan wang tunai dari Pusat Zakat Sabah (PZS) bagi meringankan beban mereka terlibat dalam kejadian itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho yang menyampaikan sumbangan itu memberitahu, pemberian bantuan itu menjadi satu lagi bukti keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang memerlukan, terutamanya bagi mereka yang ditimpa musibah tidak diduga.

“Kita berharap mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Sentosa Hill Top ini akan bersabar dengan apa yang berlaku dan berharap bantuan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Muis turut menggesa rakyat di kawasan itu  agar tidak sesekali melayan hasutan yang dilemparkan oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada musibah yang berlaku. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan