Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pihak Bertanggungjawab Dalam Kematian L/Kpl Azuan Mesti Dibawa Ke Muka Pengadilan

8:56am 28/05/2014 Pak Roshan 147 views Isu Semasa

 pic-45

KUALA LUMPUR: Pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah mesti dihadapkan ke muka pengadilan, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menerusi catatan terbaharu beliau di Twitter turut melahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Azuan.

“Takziah kepada keluarga Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah yang terkorban sewaktu bertugas. Mereka yang bertanggungjawab harus dibawa ke muka pengadilan,” kata Najib.

Dalam insiden 1.15 tengah hari Isnin, Mohd Azuan, 25, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, maut di tempat kejadian manakala rakan setugasnya cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh kereta penjenayah.

Kejadian berlaku di Batu 10 menghala Alor Pongsu dekat Parit Buntar, ketika kedua-duanya dilapor mengejar sebuah kereta yang dinaiki suspek dalam kes samun van rokok sebelum itu.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani Selasa berkata kes tersebut diklasifikasi sebagai kes bunuh berdasarkan perbuatan penjenayah yang didapati sengaja merempuh dari arah belakang motosikal anggota URB berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan