Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pihak Berkuasa Diminta Selesai Masalah Gajah Liar Di Felda Umas,Tawau

gajah liar

TAWAU,– Penduduk kampung di sekitar Felda Umas dekat sini meminta pihak berkuasa membantu menangani masalah kehadiran beberapa gajah liar yang sering berkeliaran dan memusnahkan tanaman penduduk di kawasan itu.

Seorang penduduk Rusdan Jamas, 50, berkata kehadiran beberapa gajah liar tersebut sejak tiga bulan lepas bukan sahaja menyebabkan tanaman penduduk musnah malah turut mengancam keselamatan penduduk di situ.

“Dua hari lepas, kira-kira 20 pokok pisang dan 48 pokok kelapa sawit di ladang saya telah dimusnahkan oleh gajah liar itu. Oleh itu saya minta pihak berkuasa dapat membantu kami menyelasaikan masalah ini.

Bukan sahaja tanaman kami musnah tetapi kami penduduk kampung juga berasa tidak bebas dan takut untuk berjalan terutamanya pada waktu malam,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata pihaknya berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera untuk menyelasaikan masalah itu untuk mengelakkan lebih banyak tanaman penduduk musnah.

“Jika masalah ini berlanjutan kami penduduk di sini akan mengalami kerugian besar. Tanaman seperti pokok pisang itu sudah ditanam sejak tiga bulan lepas dan bibitnya pula kita bawa dari Kota Kinabalu, jadi sekarang usaha ini sia-sia sahaja,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan