Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PIBG tidak menghadkan penglibatan dalam sekolah

HAMISA bersalaman dengan ibu bapa yang hadir mesyuarat PIBG sekolah berkenaan.

 

TAWAU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diminta tidak mengehadkan penglibatan mereka kepada aktiviti pembangunan akademik semata-mata dalam usaha membantu pihak sekolah.

Pembantu menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat  berkata sebaliknya persatuan itu juga harus memainkan peranan menyeluruh dengan turut sama membantu mengatasi masalah sosial di kalangan pelajar.

“Hari ini ramai remaja yang terjebak dengan gejala sosial yang antara lain disebabkan kegagalan kita mendidik dan memantau aktiviti harian mereka.

“Jadi saya berharap pihak PIBG akan memperkukuhkan lagi kerjasama dengan pihak pengurusan sekolah demi memastikan pembangunan akademik dan sahsiah diri pelajar dapat dibentuk sebaik mungkin sekaligus menyumbang kepada prestasi cemerlang sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat Agung tahunan PIBG SMK Kalabakan, disini, kelmarin.

Menurut Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu, cabaran mendidik anak dalam era globalisasi pada hari ini begitu mencabar dan memerlukan penglibatan semua pihak.

Justeru katanya, ibu bapa tidak harus meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka hanya kepada guru semata-mata.

“Jadi marilah kita sama-sama membantu pihak sekolah baik bantuan dalam bentuk kewangan, material, perkhidmatan dan sebagainya untuk merealisasikan hasrat menjadikan sesebuah sekolah yang terbaik,” katanya.

“Peranan dan tangungjawab PIBG disesebuah sekolah memberikan kesan dan kemajuan serta pencapaian yang cemerlang kepada sekolah itu,”ujarnya.-SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan