Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PIBG, sekolah beri sokongan kepada pelajar

Jainab Ahmad menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Rampayan.
Jainab Ahmad  (tengah) menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Rampayan.

MENGGATAL – Malaysia mampu muncul sebagai negara yang melahirkan modal insan kelas pertama yang memiliki ciri-ciri kebijaksaan, sahsiah yang baik dan berdaya saing.

Sekiranya negara lain boleh mencipta teknologi yang canggih, rakyat Malaysia juga mampu melahirkan generasi yang mampu menjadi mendepani dunia yang semakin mencabar ketika ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, sudah tiba masanya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah mengggembeleng usaha, tenaga dan idea untuk meningkatkan mutu, kemahiran dan cara pembelajaran kepada pelajar sekolah.

“Kita harus membuka minda dan mengubah cara berfikir dan bertindak bagi memastikan pendidikan anak-anak berada di tahap yang terbaik,” kata ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Rampayan, di sini semalam.

Turut hadir, Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, Adzrul Puddin; Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Rampayan, Abdul Razak Muda dan Yang Dipertua PIBG SK Rampayan, Murad Said.

Jainab juga menasihati ibu bapa agar memberi sokongan yang padu kepada anak-anak untuk belajar bersungguh sungguh agar mereka mempunyai masa depan yang cerah dan berjaya.

“Saya percaya ibu bapa hari ini sanggup bersusah payah mencari ruang dan peluang untuk memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak. Mereka harus menambah nilai kepada taraf kehidupan dan tidak melakukan pekerjaan yang sama agar mereka mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain,” jelasnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan