Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PIBG rakan kongsi sekolah- Hamisa

8:00am 30/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 25 views Tempatan
Hamisa menerima cenderahati dari Arbidin.

Hamisa menerima cenderahati dari Arbidin.

TAWAU- Mesyuarat Agung Tahunan PIBG merupakan agenda penting di sekolah yang perlu diadakan setiap tahun.

Adun Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat berkata PIBG ialah rakan kongsi sekolah. Penglibatan PIBG amat perlu bagi memajukan sekolah melalui permuafakatan, perancangan yang teliti, dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru.

Beliau berkata ibu bapa perlu sedar bahawa sekolah merupakan sebahagian daripada komuniti, sebagaimana institusi keluarga, masjid, perpustakaan awam, dan sebagainya.

“Sebagai sebahagian daripada komuniti, maka sekolah mesti didampingi, diaktifkan, dan digerakkan oleh masyarakat di sekelilingnya.

“Masyarakat terutamanya ibu bapa perlu bersama-sama komited demi kemajuan dan kecemerlangan sekolah.” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Kalabakan, Tawau. Hadir sama Pengetua SMK Kalabakan, Arbidin Setta.

Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat yakin para pelajar akan menjadi cemerlang dan sekolah menjadi gemilang jika PIBG memainkan peranan yang aktif untuk memajukan sekolah.

Jelasnya PIBG yang aktif, cetusan idea yang baik akan diperoleh, masalah sekolah dapat diatasi bersama, beban guru dapat dikurangkan, dan kekangan kewangan dapat diselesaikan secara bersama. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan