Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Piala Thomas: Malaysia rebah kepada Denmark

12:57am 21/05/2016 Pak Roshan 696 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan
thomas

PASANGAN negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tewas kepada Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, 10-21, 21-8, 21-13.

KUNSHAN (China): Malaysia gagal untuk sekurang-kurangnya menyamai pencapaian dua tahun lalu apabila terkandas di separuh akhir Piala Thomas selepas tewas kepada Denmark 2-3 di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung sehingga aksi penentuan selepas terikat 2-2 membabitkan perseorangan ketiga menyaksikan Chong Wei Feng gagal menyumbangkan mata kemenangan buat skuad negara apabila tewas di tangan Emil Holst 15-21, 18-21.

Terdahulu, Malaysia mendahului 2-0 hasil kemenangan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei ke atas Viktor Axelsen 23-21, 21-18 dan beregu, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang mengatasi Mathias Boe-Mads Conrad Petersen 21-18, 21-18.

CHONG Wei Feng turut gagal menyumbangkan mata kemenangan buat skuad negara apabila tewas di tangan Emil Holst 15-21, 18-21. - Foto BERNAMA

CHONG Wei Feng turut gagal menyumbangkan mata kemenangan buat skuad negara apabila tewas di tangan Emil Holst 15-21, 18-21. – Foto BERNAMA

Bagaimanapun, perseorangan kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin gagal memberi mata kemenangan awal apabila tewas kepada Hans Kristian Vittinghus 18-21, 18-21.

Denmark berjaya menyamakan kedudukan 2-2 apabila beregu mereka, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen menewaskan pasangan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 10-21, 21-8, 21-13 sekali gus memaksa perlawanan ditentukan pada aksi penentuan.

Harapan tinggi untuk Wei Feng menyumbang mata kemenangan buat Malaysia jelas memberi tekanan kepada pemain berusia 29 tahun itu apabila tewas kepada Holst.

Goh V Shem dan Tan Wee Kiong meraikan kejayaan mereka menewaskan beregu Denmark, Mathias Boe dan Mads Conrad-Petersen 21-18, 21-18. - Foto AFP

Goh V Shem dan Tan Wee Kiong meraikan kejayaan mereka menewaskan beregu Denmark, Mathias Boe dan Mads Conrad-Petersen 21-18, 21-18. – Foto AFP

Kemenangan ke atas Malaysia menyaksikan Denmark bakal membuat perhitungan dengan Indonesia di pentas final, Ahad ini.

Indonesia mara selepas menewaskan Korea Selatan 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir. – BH Online

JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menang ke atas Viktor Axelsen 23-21, 21-18. - Foto AFP

JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menang ke atas Viktor Axelsen 23-21, 21-18. – Foto AFP

PERSEORANGAN kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin gagal memberi mata kemenangan awal apabila tewas kepada Hans Kristian Vittinghus 18-21, 18-21. - Foto AFP

PERSEORANGAN kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin gagal memberi mata kemenangan awal apabila tewas kepada Hans Kristian Vittinghus 18-21, 18-21. – Foto AFP

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan