Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Piala Melbourne 1942 Kembali Ke Sabah Selepas 73 Tahun

cup

KOTA KINABALU : Sebuah piala replika diperbuat daripada tin dan kayu di Sandakan semasa Perang Dunia Kedua (WWII) sebagai gantian Piala Melbourne akan kembali ke Sabah selepas 73 tahun.

Replika Piala Melbourne 1942 yang datang bersama Piala Melbourne 2015 akan dipamerkan di sini dan Sandakan sebagai sebahagian daripada Lawatan Piala Melbourne yang termasuk persinggahan di Sabah bersempena Hari Peringatan Sandakan dan tahun ke-70 berakhirnya WWII.

Mike Glover, anak lelaki kepada tahanan perang di Sandakan, Bunny Glover dijangka menyampaikan replika piala tahun 1942 itu kepada Pengarah Muzium Sabah.

“Bunny Glover kini berusia 94 tahun, berumur 20 tahun semasa tentera Jepun menawannya di Sandakan.

Perlumbaan Piala Melbourne 1942 dianjurkan oleh tahanan perang Australia di Kem Sandakan untuk menaikkan moral para tahanan,” kata Lembaga Pelancongan Sabah dalam satu kenyataan hari ini.

Lembaga Pelancongan Sabah dan Jawatankuasa Perlumbaan Victoria akan membawa bersama kedua-dua piala itu ke bandar dan pekan sebelum perlumbaan setiap tahun.

Piala Melbourne merupakan ikon kepada sejarah sukan dan sosial Australia.

Piala 1942 yang sebenar akan dipamerkan di Muzium Melbourne semasa perlumbaan Piala Melbourne dalam bulan November.

Kedua-dua Piala Melbourne 2015 dan replika 1942 akan dipamerkan kepada orang ramai pada 12 Ogos tahun ini antara pukul 3.30 hingga 4.30 petang di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu dan pada keesokan harinya antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam di Four Points Sheraton di Sandakan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan