Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PIALA MALAYSIA 2018: Sabah vs Pahang ditangguh

Alijus (tengah) ketika mengumumkan penangguhan perlawanan Sabah menentang Pahang dalam sidang media tadi. Gambar SNT/Ehsan FB Safa

KOTA KINABALU: Peminat bolasepak Sabah tidak lagi perlu berdua hati pada malam ini memandangkan perlawanan Kumpulan D Piala Malaysia 2018 Sabah menentang Pahang kini ditangguh ke malam esok.

Presiden Safa, Alijus Sipil membuat pengumuman itu selepas mendapat persetujuan daripada pihak FAM hari ini.

Penangguhan perlawanan itu yang dijadualkan malam ini di Stadium Likas adalah untuk membolehkan seluruh rakyat Sabah meraihkan sambutan Hari Malaysia ke-55.

Sambutan yang dijangka gilang gemilang itu bermula pukul 8 malam ini yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Padang Merdeka di sini.-SabahNewsToday

 

Komen


Berita Berkaitan