Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Piala FA: Sabah Rhinos janji aksi cemerlang

Piala_faBERBEKALKAN semangat juang yang tinggi, Sabah Rhinos yakin mampu mencapai kemenangan apabila bertemu dengan pasukan PDRM pada perlawanan bola sepak pusingan kedua Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor esok.

Walaupun dianggap ‘underdog’, namun pasukan yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Justin Ganai dan Pengarah Teknikal Mike Mulvey itu, akan berusaha mempamerkan corak permainan cemerlang pada perlawanan yang bermula jam 8.45 malam.

Penolong Pengurus Abdul Rahman Zakaria berkata, pemain kesebelasan utama Sabah Rhinos berjanji akan memberi saingan sengit kepada pasukan PDRM bagi membolehkan pasukan Sabah mara ke pusingan seterusnya.

“Kita berusaha akan memberikan permainan terbaik pada perlawanan itu,” katanya di sini.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua penyokong Sabah yang menetap di Semenanjung terutama di sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur agar datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam esok bagi memberi sokongan padu kepada pasukan Sabah Rhinos.

– Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan