Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,703

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Piala FA: Sabah jinakkan ATM

9:27am 06/03/2016 Pak Roshan 866 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan
Foto : SabahFA

Foto : SabahFA

KOTA KINABALU: Skuad Badak mara ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di Stadium Likas, di sini, malam tadi.

Beraksi di hadapan lebih 2,500 penyokong, Sabah membuka tirai jaringan pada minit ke-12 selepas Prince Touchukwu Nnake menanduk kemas bola hantaran Julamri Muhammad untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd Hafizuddin Azuhar.

Bagaimanapun, ATM berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-22 hasil satu rembatan deras dari dalam kotak penalti Sabah untuk menjadikan kedudukan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Sang Badak tidak perlu menunggu lama untuk kembali mendahului apabila mendapat gol kedua di minit pertama babak kedua menerusi Maxsius Musa yang menyudahkan hantaran Ummareng Bacok.

Kedudukan 2-1 itu kemudian kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan, Ahmad Azanor Huslan Ahmad Zanian. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan