Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Piala FA: Kedah tundukkan Sabah 2-1

10:45am 19/03/2016 Pak Roshan 217 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan
PERTAHANAN Kedah, Bang Seungwhan (kiri) cuba melepasi pemain Sabah, Maxsius Musa (kanan) pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2016 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi. - Foto Lano Lan

PERTAHANAN Kedah, Bang Seungwhan (kiri) cuba melepasi pemain Sabah, Maxsius Musa (kanan) pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2016 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi. – Foto Lano Lan

KOTA KINABALU: Kedah mencerahkan peluang untuk mara ke separuh akhir Piala FA selepas menjinakkan Sabah 2-1 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi.

Pertahanan Kedah, Bang Seungwhan meletakkan skuad Helang Merah di depan apabila menyudahkan hantaran Mohd Syazwan Zainon pada minit ke-39 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan memperlahankan sedikit rentak permainan, namun Sabah dilihat lebih menguasai menerusi beberapa serangan bahaya.

Bagaimanapun, skuad Helang Merah menghukum tuan rumah menerusi jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-69 selepas mudah menyepak masuk hantaran Azmeer Yusof untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Bagaimanapun, Sabah menghidupkan sedikit peluang mereka apabila Igor Cerina menanduk masuk sepakan percuma Randy Baruh Samson pada masa kecederaan.

Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga pengadil perlawanan, Mohd Amirul Izwan Yaacob meniup wisel penamat dengan Kedah kini memiliki kelebihan untuk aksi kedua di Stadium Darul Aman pada 1 April ini. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan