Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PGRM Sandakan, Libaran dan Batu Sapi anjur Konsert Hari Raya

Chan (dua dari kanan) bersama Atomic Power yang akan menjayakan Konsert Hari Raya Aidilfitri.
Chan (dua dari kanan) bersama Atomic Power yang akan menjayakan Konsert Hari Raya Aidilfitri.

SANDAKAN- Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Bahagian Sandakan, Libaran dan Batu Sapi bakal menganjurkan Konsert Hari Raya Aidilfitri Bersama Atomic Power di Pasar Malam Sabtu Kim Fung di Batu 4 pada 8 Ogos ini.

Objektif konsert berkenaan adalah untuk memupuk kebudayaan berbilang kaum, memperkenal Pasar Malam Kim Fung kepada rakyat dan pelancong, meningkat taraf ekonomi setempat khususnya penjaja pasar malam selain sebagai tarikan kepada orang ramai untuk mengunjungi pasar malam itu.

Pengerusi Penganjur, Chan Tzun Hei berkata, konsert Live Band oleh Atomic Power itu akan bermula pada jam 7 malam sehingga 9.30 malam. Turut disediakan, 100 hadiah misteri yang akan diberikan kepada kanak-kanak yang berpakaian tradisi.

Konsert itu dijangka akan dihadiri oleh Wakil Rakyat Elopura, Datuk Au Kam Wah, selaku tetamu kehormat.- oleh AA/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan