Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peyerahan nombor rumah dan penamaan jalan kampung di Putatan

Yahya dan jemputan menunjukkan isyarat bagus selepas merasmikan Penyerahan Nombor Rumah dan Penamaan Jalan Raya Kampung Tengah Padang, Petagas.
Yahya dan jemputan menunjukkan isyarat bagus selepas merasmikan Penyerahan Nombor Rumah dan Penamaan Jalan Raya Kampung Tengah Padang, Petagas.

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah melancarkan majlis penyerahan nombor rumah dan penamaan jalan raya Kampung Tengah Padang, Petagas di sini, hari ini.

Program transformasi kampung itu merupakan yang julung kali diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, atas anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata, program transformasi kampung itu melibatkan pemberian perkhidmatan “mel” (pos) secara langsung kepada rakyat yang melibatkan sebanyak 116 rumah di Kampung Tengah Padang, selain penamaan 1 jalan utama dan 11 lorong dalam kampung berkenaan.

Beliau turut menyerahkan nombor-nombor rumah kepada penduduk kampung.

Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Daerah Putatan, Ag Abd.Ghani Pg.Yussof, Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail, Pegawai Pembangunan Masyarakat Petagas, Encik Ali Hussin Sharin, Pengerusi JKKK Kg.Tengah Padang, Encik Ramlin Haji Ladis dan Ketua Kampung, Osman Haji Madin.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan